WP

Alam Maya yang indah

Skuad Johor dilarang guna telefon bimbit

Leave a comment

JOHOR BAHRU: Semua pemain skuad Liga Perdana Johor dilarang menggunakan telefon bimbit dan ditempatkan di satu lokasi rahsia dua hari sebelum perlawanan bagi mengelak mereka terdedah kepada gejala rasuah bola sepak.

Langkah drastik berkuat kuasa serta-merta itu dibuat kerajaan Johor bagi memastikan pasukan itu bersih daripada sebarang dakwaan rasuah yang boleh memberi kesan negatif terhadap pembangunan bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Md Jais Darday, berkata semua pemain dilarang menggunakan telefon bimbit dua hari sebelum perlawanan bermula selain ditempatkan di satu lokasi rahsia.

“Pemain juga akan diminta menandatangani surat akuan untuk tidak terbabit dengan gejala rasuah. Jika ada pemain didapati terbabit dalam gejala itu, mereka akan dikenakan tindakan tegas termasuk disenarai hitam oleh Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak boleh menyertai mana-mana perlawanan selepas ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Md Jais berkata, kerajaan negeri memandang serius gejala rasuah di kalangan pemain bola sepak terutama yang mewakili Johor dan sedia mengenakan hukuman berat ke atas pemain yang disyaki terbabit.

Sementara itu di KANGAR, empat pemain skuad Perlis, termasuk seorang penyerang import hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan rasuah membabitkan pasukan itu di pejabat SPRM, semalam.

Turut kelihatan di pejabat berkenaan ialah Penolong Pengurus Pasukan Bola Sepak Perlis (PFA), Hamunir Hamzah.
Semua pemain dan pengurusan PFA itu meluangkan masa empat jam bermula jam 10 pagi. Keterangan mereka diambil secara berasingan oleh beberapa pegawai SPRM di pejabat yang terletak tingkat tujuh, Bangunan Persekutuan Perlis. Bagaimanapun, mereka enggan ditemubual selepas keterangan mereka diambil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengarah SPRM Perlis, Alias Darus ketika ditemui, semalam mengesahkan beberapa pemain dan pihak pengurusan PFA hadir untuk diambil keterangannya berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam skuad itu.

“Hari ini (semalam) adalah sesi pertama soal siasat dan mereka bekerjasama. Mungkin beberapa lagi pemain akan dipanggil selepas ini dan siasatan akan diteruskan sehingga 26 Januari ini,” katanya.

Beliau enggan menyatakan jumlah sebenar pemain yang dipanggil ke pejabat SPRM kerana siasatan terhadap pemain hanya bergantung kepada maklumat diperoleh dan kaitan mereka dengan laporan rasuah itu.

“Masih terlalu awal untuk kami membuat sebarang rumusan terhadap laporan rasuah itu kerana siasatan masih berjalan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, jurulatih pasukan bola sepak MP Muar, Nasir Yusof, menafikan dakwaan kemenangan pasukannya ke atas Perlis 7-2 pada saingan Liga Perdana 9 Januari lalu disebabkan ada pemain lawan yang ‘dibeli’.

Katanya, sebagai jurulatih dan juga bekas pemain, beliau mengetahui kemampuan anak buahnya yang disifatkan sebagai skuad terbaik, mendengar arahan, selain strategi dirangka untuk memenangi perlawanan dengan adil tanpa campur tangan luar.

“Skuad kami memang layak menang, semuanya hasil kerja keras pemain, setahu saya tiada yang tidak kena atau konspirasi dibuat hingga membolehkan kami menang perlawanan hari itu.

“Semua tujuh jaringan yang dihasilkan malam itu adalah hasil usaha anak buah saya yang gigih mencari kemenangan untuk mengatasi skuad Singa Utara itu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.