WP

Alam Maya yang indah

Tak cukup tidur punca gemuk

Leave a comment

Jika anda kurang tidur, anda mungkin mengambil makanan dengan banyak dan mudah menjadi gemuk.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik mendapati masalah kekurangan tidur meningkatkan hormon leptin dan ghrelin sekali gus meningkatkan pemakanan serta memberi kesan kepada tenaga yang dibekalkan ketika melakukan aktiviti.

Virend Somers, penulis utama dan profesor perubatan dan penyakit kardiovaskular di Mayo Clinic, Rochester di Minnesota, AS berkata, leptin dan ghrelin berkait rapat dengan selera makan.

Para penyelidik mendapati, subjek kajian (sekumpulan orang yang diuji) yang kekurangan waktu tidur mengambil 549 kalori tambahan setiap hari. Tanpa perbezaan ketara dari segi penggunaan tenaga dengan kumpulan yang cukup tidur, mereka yang tidak cukup tidur itu ternyata sering berasa ingin makan.

“Masalah kurang tidur semakin banyak berlaku. Sebanyak 28 peratus orang dewasa dilaporkan hanya mendapat enam jam waktu tidur setiap malam sekali gus meningkatkan risiko berat badan bertambah,” kata seorang felo kardiologi di Mayo Clinic, Profesor Dr. Andrew D. Calvin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.