WP

Alam Maya yang indah


Leave a comment

warga emas diperkosa

Sibu: Sifat kebinatangan menguasai nafsu seorang menantu apabila sanggup memperkosa ibu mentua yang juga warga emas dengan menutup mulutnya menggunakan kain dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeriah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa berusia 69 tahun bukan saja diperkosa, malah dibiarkan menanggung kesakitan sebaik perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumahnya.

Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa berseorangan di rumah sambil berkemban sebelum suspek berusia 42 tahun secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

“Suspek terus memasuki rumah dan menutup pintu serta cuba merogol ibu mentuanya. Sebelum itu, suspek menolak mangsa ke lantai lalu menyelak kain batik dipakainya.

“Wanita terbabit cuba melawan sambil menjerit sekuat hati, namun kudrat yang ada tidak mampu menghalang menantu yang kemudian merogolnya.

“Suspek turut menyumbat mulut mangsa dengan kain bagi mengelak jeritannya didengari jiran,” katanya ketika ditemui, semalam.


Leave a comment

Ditipu peniaga online RM 54 ribu lesap

Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.
Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.
Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.
Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. –Siakapkeli.com
Berikut adalah maklumat suspek:
Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472
Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:
Capture


Leave a comment

Peraturan Baru SSM Peniaga Online

Post terkini dari website ECommerceMilo.com , memaparkan  satu surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak SSM kepada salah satu perniagaan yang menggunakan fanpage untuk perniagaan mereka. Di dalam surat tersebut, dinyatakan kesalahan pemilik perniagaan tersebut yang tidak memaparkan nama dan nombor syarikat di fanpage. Disebabkan kesalahan, pemilik perniagaan boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000 ringgit.

notis peraturan-baru


Leave a comment

Gagal Ujian Doping Test Positif Dadah

lee chong wei dopping

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei tidak mengambil dadah terlarang sepanjang menyertai Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, itulah dijelaskan rakan terdekatnya yang enggan dinamakan.

Menurut pemain berkenaan, Chong Wei pernah memberitahunya sendiri, bermula dari pusingan pertama hingga perlawanan akhir menentang Chen Long, dia tidak ada mengambil sebarang dadah terlarang mahupun ubat penahan sakit.

“Dia hanya memberitahu saya mengambil suntikan sel induk (stem cell) sebelum menyertai kejohanan itu,” kata sumber berkenaan.

Chong Wei tidak menyertai Sukan Komanwel 2014 Glasgow kerana mengalami kecederaan paha dan untuk memastikan sempat sembuh sebelum Kejohanan Dunia, dia mengambil tiga kali suntikan sel induk.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu, mengambil tiga suntikan berkenaan di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3743#sthash.MzCSMujA.dpuf


Leave a comment

Kisah Anak Terdengar Perbualan Ibu ‘Sapulah Air Liur Dikepala Abang Baru Senang Nak Masuk”

Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya..

Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kat kepala dia.. Disebabkan perasaan yg penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya itu dan bertanya..

Cikgu : Ahmad, kamu ni dari tadi cikgu tengok asyik meludah atas tangan dan terus kamu sapukan ke kepala !! Kenapa..?

Murid : Ermm.. Matematik nih susah sgt la cikgu..

Cikgu : Dah tu, kenapa kamu buat macam tu pulak..?

Murid : senang sikit nak masuk cikgu.. Cikgu : Apa maksud kamu..?

Cikgu tak paham..

Murid : Camni cikgu.. Semalam saya terbangun dari tidur sebab nak pergi kencing.. Saya lalu kat bilik parents saya.. Saya terdengar suara mak saya time lalu tu..

Cikgu: Mak awak cakap ape..?

Murid : Mak cakap… “ABG, KALO SUSAH NAK MASUK, SAPU LA SIKITT AIR LIUR KAT KEPALA TU.. BARU LAH SENANG MASUK..” Haaa… Tu sebab la saya sapu air liur kat kepala saya cikgu…


Leave a comment

KEJAM! Kucing Disiram Dengan Air Panas!

Disiram Air Panas

Malang nasib seekor kucing hitam. Badannya didakwa disiram dengan minyak panas oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Kucing hitam terbabit mengalami kecederaan yang agak teruk. Luka melecur akibat minyak panas amat jelas kelihatan sehingga menampakkan isi daging kucing malang itu.

Bagaimanapun, setelah diselidik, kucing hitam ini mungkin dijangkiti virus sporo berikutan luka di badannya bertompok-tompok.

Menurut sumber, mungkin individu yang menyebarkan gambar terbabit menokok nambahkan cerita untuk menviralkan gambar kucing malang itu.

Lokasi kejadian tidak diketahui, namun besar harapan pencinta kucing agar kucing ini segera diberikan rawatan dan panjang umur.


Leave a comment

Kenapa Ramai Yang Tidak Berjaya Online Business?

online-business-marketing

Begitu ramai yang menaruh impian untuk berjaya online business. Boleh dikatakan setiap hari ada yang berkata “Aku nak buat duit di Internet”, “Aku nak dapatkan RM10 ribu setiap bulan di Internet” dan “Aku mesti berjaya dengan online business”. Namun, kurang daripada 5 % sahaja yang berjaya. Saya senaraikan beberapa sebab kenapa begitu ramai yang tidak berjaya. 

1) Tidak mengikut langkah orang yang sudah berjaya

Ramai yang nak buat jalan sendiri, tidak mahu ikut langkah- langkah orang yang sudah berjaya. Walaupun mereka tahu, apakah yang perlu dibuat dan dipelajari tetapi mereka pandang endah tidak endah sahaja. Mereka rasakan cara tersebut tidak begitu berkesan dan tidak nampak lagi hasilnya. Lalu, mereka lakukan cara yang lagi tidak berkesan tanpa mereka sedari. Akhirnya, mereka berputus asa.

2) Tidak mahu belajar dan mencuba

Ramai yang tidak serius di dalam mendapatkan ilmu online business. Mereka anggap ilmu itu  boleh datang  sendiri melalui pengalaman. Mereka tidak memberikan perhatian untuk membeli bahan rujukan seperti buku ataupun menghadiri kursus. Akhirnya, mereka masih terkapai- kapai tanpa pendapatan yang kukuh walaupun sudah bertahun- tahun online business.

3) Tidak fokus kepada “action”

Ramai yang mengambil masa begitu lama untuk mempratikkan apa yang mereka pelajari. Mereka tidak lakukan apa yang diperlukan. Mereka hanya sibuk dengan niat “aku nak buat duit”, “aku nak kaya” dan “aku nak berjaya”. Namun, mereka tidak buat apa yang perlu dilakukan. Akhirnya, masa tidak menunggu dan mereka tetap di takuk lama.

Itulah antara beberapa sebab kenapa ramai tidak berjaya online business. Saya harapkan kita tidak menjadi salah seorang daripada mereka.