WP

Alam Maya yang indah

Pelakon drama ‘Roda-Roda Kota Raya’ ditangkap terbabit dadah

Leave a comment

PEKAN: Seorang pelakon lelaki drama bersiri ‘Roda-Roda Kota Raya’ ditangkap polis, selepas dipercayai terbabit dalam penagihan dadah di sebuah rumah inap desa di Felda Chini 2, Pekan, di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata pelakon berusia 39 tahun itu dan rakan lelakinya berumur 30 tahun, ditangkap jam 8.30 malam semalam.

“Berdasarkan maklumat, pihak polis memecah masuk bilik di homestay berkenaan, dan setelah diperiksa polis menjumpai dadah jenis syabu anggaran seberat satu gram di atas meja di bilik berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan ujian air kencing, kedua-dua mereka juga didapati positif penyalahgunaan dadah.

Katanya, kedua-dua lelaki itu ditahan reman selama lima hari.

“Kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s