WP

Alam Maya yang indah

‘Ah Jib Gor’ beri ‘angpau’ RM2.5 juta kepada SMJK Chong Hwa Jalan Gombak

Leave a comment

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak di sini untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah pun meluluskan model pembangunan projek tersebut dan peruntukan yang diberikan adalah sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2012 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

“Sebagai brother… Ah Jib Gor, saya nak beri angpau kepada sekolah ini. Ini sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai laman sosial Facebook bahasa Cinanya ‘Ah Jib Gor’ yang bermaksud ‘Abang Najib’ yang dilancarkan tiga hari lalu, Najib berkata laman sosial itu sudah menarik kira-kira 12,000 pengikut dan beliau berharap jumlah pengikut laman sosial itu akan bertambah.

Najib yang menyifatkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa itu sebagai sekolah yang baik tetapi memiliki bangunan yang lama, berkata sumbangan yang diberikan kepada sekolah berkenaan akan turut mendapat pelepasan cukai. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s