WP

Alam Maya yang indah

Filem Don 2 promosi nama negara

Leave a comment

Penggambaran di ibu kota, Melaka dan Langkawi

KERAJAAN Melaka berharap filem Don 2: The King Is Back yang dilakonkan oleh Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dengan menggunakan latar belakang negeri ini dapat melonjakkan lagi nama Malaysia dan Melaka di peringkat antarabangsa, terutama dalam bidang pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sejak memasuki pasaran sebelum sambutan Krismas lalu, filem itu yang ditayangkan secara serentak di 32 negara sudah berjaya mencatatkan kutipan RM33 juta sekali gus muncul ‘pecah panggung’.

“Sudah tentu kita turut gembira sebab penggambaran filem itu turut dilakukan di Melaka selain Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan nama ketiga-tiga tempat ini meskipun hanya 23 minit pertama tayangan.

“Saya belum menonton tapi difahamkan pembikin filem ini merakamkan penghargaan kepada Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengurusnya di Malaysia, Datuk Lorna Enan Muloon.

“Ini tentu sangat baik kepada perkembangan industri pelancongan Malaysia dan Melaka bagi jangka panjang,” katanya selepas melawat bekas jurugambar televisyen RTM, Ahmad Janis yang sedang sakit tua di Serkam, Melaka.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; Exco kerajaan negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka, Jaafar Neemat.
Selain di sekitar Sungai Udang, Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi, filem Don 2: The King Is Back yang diarahkan oleh Farhan Akhtar ini turut mengadakan penggambaran di India, Switzerland dan Berlin, Jerman.

Filem bernilai RM50 juta ini turut dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Priyanka Chopra, Lara Dutta, Boman Irani, Kunal Kapor dan Nawab Shah, selain bintang filem tanah air, Adiputra yang diberi peluang memegang watak seorang peguam.

Mengulas mengenai cadangan untuk membawa Shah Rukh Khan ke Melaka bagi tujuan mempromosikan filem itu di sini, Mohd Ali berkata, beliau masih menunggu maklum balas dari Lorna Enan.

“Kita berhasrat menjemput beliau ke Malaysia dan tentunya ke Melaka sebagai lokasi bagi filem terbarunya dalam masa terdekat,” katanya.

Shah Rukh Khan sebelum ini pernah merakamkan penggambaran filem di pantai Tanjung Bidara menerusi filem One 2 Kar 4 pada 2001.

Pelakon kelahiran New Delhi ini mempunyai kaitan istimewa dengan Melaka apabila di anugerahkan pingat kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 pada 2008.

Ia adalah sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s