WP

Alam Maya yang indah

Lelaki ditetak hingga mati selepas bantu mangsa kebakaran

Leave a comment

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati ditetak beberapa jam selepas dia membantu menyelamatkan mangsa kebakaran di sebuah flat di Taman Ungku Tun Aminah di sini, awal hari ini.

Tang Nyuk Yeow, 44, yang bekerja sendiri, ditetak di sebuah restoran mamak berdekatan dengan flat tersebut di Jalan Perkasa 3 di sini pada jam 1.20 pagi.

Difahamkan, Tang yang tinggal di blok 47, pergi dari rumah ke rumah untuk memberitahu penduduk blok 48 bahawa flat mereka sedang terbakar.

Ketua polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata ketika kejadian, mangsa sedang menikmati minuman bersama rakan-rakannya di restoran itu apabila sekumpulan lelaki menaiki dua motosikal mendatangi lalu menetaknya.

“Mangsa diserang salah seorang daripada kumpulan tersebut dengan menggunakan parang di leher, lengan dan bahagian badannya,” kata Ruslan.

Mangsa cuba untuk melarikan diri namun gagal selepas ditetak berulang kali sebelum rebah dan mati di depan kaunter juruwang restoran itu.

Mayat mangsa dihantar ke Sultanah Aminah Hospital di sini.
Penyerang terbabit yang tidak menggunakan topeng muka tidak mengapa-apakan rakan mangsa.

Siasatan awal bagaimanapun, mendapati kamera rakaman litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan tidak berfungsi semasa kejadian.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan motif disebabkan dendam,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212-999 atau balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s