WP

Alam Maya yang indah

Malaysia sumbang RM2.8 juta kepada mangsa ribut Filipina

Leave a comment

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyumbangkan AS$900,000 (RM2.8 juta) kepada kerajaan Filipina untuk membantu membina semula kehidupan mangsa ribut tropika dan tanah runtuh di Mindanao baru-baru ini.

Bantuan itu diserahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, kepada Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F del Rosario, di Manila hari ini.

Anifah yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Filipina, berbincang mengenai kerjasama dua hala dan isu lain membabitkan kepentingan bersama dengan Rosario.

Ini kali kedua kerajaan Malaysia menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada kerajaan Filipina. Kali pertama, sumbangan AS$100,000 (RM310,395) diserahkan Anifah kepada Duta Filipina ke Malaysia, Jose Eduardo E Malaya III, bulan lalu.

Lebih 1,000 mangsa dilaporkan terkorban manakala lebih 350,000 lagi kehilangan tempat tinggal apabila ribut tropika Sendong melanda bulan lalu dan memusnahkan infrastruktur termasuk jambatan, sekolah dan jalan raya bernilai berbilion ringgit. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s