WP

Alam Maya yang indah

Mayat bayi ditemui di tapak pelupusan sampah

Leave a comment

KOTA KINABALU: Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam bungkusan baju buruk di dalam plastik sampah di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok di sini hari ini.

Mayat bayi yang belum dikenalpasti jantinanya itu ditemui sekumpulan pemungut sampah pada jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, bayi itu dipercayai dilahirkan empat hari lalu.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s