WP

Alam Maya yang indah

Sepuluh anggota wanita ATM untuk misi Unifil Lubnan bertolak Rabu depan

Leave a comment

KUALA LUMPUR: Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas pada Rabu depan sebagai kumpulan kedua Malaysian Company 7 (Malcoy 7) yang akan berkhidmat selama enam bulan di Lubnan.

Kumpulan kedua itu akan berkhidmat di bawah Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) bagi menggantikan kumpulan pertama anggota wanita yang bakal menamatkan misi pada 28 Jan ini.

Kumpulan itu akan melaksanakan tugas di Sektor Timur Kawasan tanggungjawab Unifil, selatan Lubnan di bawah Resolusi 1701 PBB.

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Abu Bakar Md Said berkata walaupun jumlah anggota wanita amat kecil, namun penglibatan dan sumbangan anggota wanita sangat diperlukan.

 

 
“Saya tidak nafikan terdapat kes-kes yang memerlukan penglibatan anggota wanita kerana hanya wanita sahaja yang memahami keperluan seorang wanita itu sendiri,” katanya kepada pemberita di Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau berkata kehadiran anggota wanita dalam pelbagai misi memberi banyak impak kepada masyarakat tempatan dan ini dibuktikan apabila ATM menerima pelbagai pengiktirafan dunia dengan penglibatan anggota wanita berkenaan.

Ketua kumpulan berkenaan, Bintara Muda Komunikasi, Juliana Jalil berkata kumpulan kedua ini terdiri daripada seorang pegawai dan sembilan anggota wanita lain-lain pangkat.

“Mereka ini dipilih daripada tiga cabang ATM, Tentera Laut Diraja Malaysia, TUDM dan Tentera Darat bagi menggalas tanggungjawab yang telah diberikan kali ini. Kami amat berbangga untuk menjalankan tugas ini,” katanya. — BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s