WP

Alam Maya yang indah

TM cadang perluas UniFi di zon pembangunan ekonomi, industri

Leave a comment

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) bercadang memperluaskan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang dikenali UniFi di zon pembangunan ekonomi dan perindustrian di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pengguna kemudahan itu.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata perancangan itu sedang diusahakan dengan kerjasama strategik pemaju hartanah di negara ini bagi menyediakan rangkaian HSBB di kawasan yang dikenal pasti mempunyai keperluan tinggi.

“Setakat ini, kita sudah memberi tumpuan di beberapa kawasan berimpak tinggi kepada ekonomi seperti di Iskandar Malaysia (Johor) dan Kulim Hi-Tech Park (Kedah).

“Kami akan melihat dari segi pulangan yang bakal diperoleh selain keperluan yang tinggi di kawasan berkenaan sebelum menyediakan kemudahan berkenaan.

“Buat masa ini, kemudahan UniFi hanya disediakan di kawasan perindustrian yang pesat membangun. Namun begitu, pelanggan yang berada di kawasan sekitar termasuk isi rumah dan premis akan mendapat manfaat daripadanya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Unifi peringkat Perak di Ipoh, semalam.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang; Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie dan Pengurus Besar TM Perak, Mohd Ali Nordin.
Zamzamzairani berkata, Perak antara negeri terawal dibekalkan perkhidmatan jalur lebar berkenaan selepas beberapa negeri dan kawasan lain seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan, yang mana kesemuanya membabitkan 78 zon ekonomi dan perindustrian utama.

Serentak peluasan kemudahan itu, beliau berkata, TM juga menyasar untuk mengadakan kerjasama strategik dengan 20 pemaju hartanah di negara ini pada tahun ini, berbanding 11 pemaju sedia ada tahun lalu.

“Menerusi kerjasama strategik itu, kawasan hartanah baru akan dilengkapi dengan infrastruktur HSBB bagi membolehkan penduduk atau pemilik premis kawasan berkenaan terus melanggan perkhidmatan UniFi,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s