GEORGETOWN: Lapan wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang berehat di kondominium mewah di Jalan Persiaran Gurney, di sini, Khamis lalu, terkejut apabila diserbu polis.
Operasi dikenali Ops Noda itu yang dilakukan jam 5 petang, membabitkan sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis negeri hasil intipan dan maklumat awam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim berkata, sebuah kondominium mewah dijadikan penginapan wanita warga China berusia antara 20 hingga 30-an diperiksa.
Beliau berkata, sebelum itu polis terpaksa menunggu 15 minit untuk masuk kerana tidak mendapat kerjasama penghuni.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita warga China bersembunyi di belakang pintu masuk utama, selain empat lagi di bawah katil dan tiga lagi di bilik air.
“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala yang lain ada pasport dan visa perjalanan sah,” katanya.