WP

Alam Maya yang indah

Lelaki dihukum penjara Bantah homoseksual

Leave a comment

LONDON 21 Jan. – Tiga lelaki beragama Islam menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun kerana mengedar risalah meminta golongan homoseksual digantung, direjam dan dibakar sampai mati.

Mereka merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang mengedar bahan tersebut di jalan-jalan raya dan menampalnya di peti-peti surat dengan menyatakan golongan homoseksual merupakan punca masalah sosial.

Risalah tersebut yang digelar Hukuman Mati memaparkan imej sebuah patung digantung selain teks menyatakan hukuman mati adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan perlakuan homoseksual dalam masyarakat.

Ihjaz Ali, Kabir Ahmed dan Razwan Javed merupakan kumpulan pertama dihukum di bawah undang-undang baru menghasut kebencian ke atas golongan homoseksual.

Ihjaz, 42, Kabir, 28, dan Javed, 28, kesemuanya dari Normanton, Derby didapati bersalah mengedar bahan tersebut bertujuan menimbulkan kebencian terhadap golongan homoseksual.

Mahkamah Derby akan menetapkan hukuman ketiga-tiga lelaki tersebut pada bulan depan.

Pada perbicaraan kes tersebut, mahkamah dimaklumkan Ihjaz yang dipercayai ketua kumpulan tersebut berjumpa beberapa kali secara rahsia dengan ketua kumpulan pelampau Al-Muhajiroun, Anjem Choudary.

Al-Muhajiroun diharamkan di bawah undang-undang antikeganasan United Kingdom kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Pemimpin Islam yang mengkritik aktiviti kumpulan itu menjadi sasaran dalam kempen kebencian dengan gambar mereka dimasukkan dalam poster ‘Orang dikehendaki’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s