WP

Alam Maya yang indah

Lelaki tinggi kurang risiko jantung

Leave a comment

NEW YORK 21 Jan. – Lelaki tinggi sebelum ini lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya, namun satu kajian yang disiarkan di America Journal of Cardiology mendedahkan, lelaki tinggi juga kurang berisiko menghidapi masalah jantung.

Menurut satu kajian oleh penyelidik Universiti Harvard, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek.

Kajian itu dilakukan terhadap 22,000 doktor lelaki dalam lingkungan usia pertengahan 50-an dan kesihatan responden dipantau dalam tempoh 22 tahun.

Responden terlibat diminta mengisi borang soal selidik mengenai ketinggian, berat badan dan kesihatan am serta perlu mengemaskini maklumat itu setiap tahun.

Kajian tersebut mendapati, seramai 1,444 atau tujuh peratus daripada responden menghidapi masalah jantung.

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai ketinggian 1.8 meter atau lebih, didapati 24 peratus kurang cederung menghidapi masalah jantung berbanding lelaki yang mempunyai ketinggian 1.72 meter atau kurang daripadanya.

Keputusan itu diperoleh selepas mengambil kira beberapa kriteria lain seperti umur, berat badan dan tekanan darah tinggi.

Kumpulan penyelidik itu berpendapat, antara punca risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek disebabkan oleh penyakit zaman kanak-kanak yang membantutkan pertumbuhan mereka.

Oleh itu, ia boleh membawa kepada pengumpulan plak di arteri dan menyebabkan tekanan darah tinggi ketika dewasa.

Penyelidik itu turut berpendapat bahawa biologi lelaki yang lebih tinggi juga menyebabkan mereka kurang menghidapi masalah jantung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s