WP

Alam Maya yang indah

Warga emas, ibu tunggal khalwat tepi sawah

1 Comment

ALOR SETAR: Perbuatan keji seorang lelaki warga emas berusia 56 tahun yang kerap membawa pasangannya yang juga ibu tunggal ke sebuah pondok kecil di tepi sawah dekat Kampung Tengku Laksamana, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, untuk memadu kasih, mengundang padah apabila mereka dicekup berkhalwat awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 42 tahun yang kematian suami sejak beberapa tahun lalu mempunyai dua anak berusia awal 20-an sering mengikut lelaki terbabit ke pondok berkenaan pada waktu tengah malam dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), jam 2.50 pagi.

Lelaki itu menetap di Kuala Sala, dekat sini, sudah beristeri dan mempunyai enam anak yang meningkat dewasa, tetapi menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu yang bekerja kampung berkenalan dengan wanita yang bekerja dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di daerah ini, sebelum melakukan perbuatan keji itu di kawasan terpencil itu.

Sebelum ini, penguat kuasa Jaik beberapa kali membuat pemeriksaan di pondok berkenaan, tetapi pasangan itu tiada, namun mengesan kehadiran mereka pagi kelmarin selepas mendapati sebuah Proton Iswara milik lelaki itu ditemui berada di kawasan pondok itu sehingga menimbulkan syak.

One thought on “Warga emas, ibu tunggal khalwat tepi sawah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s