WP

Alam Maya yang indah

Adam Adli sedang kumpul maklumat fail kes

Leave a comment

IPOH – Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim, 23, yang digantung pengajian tiga semester oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu 9 Januari lalu, akan meneruskan hasrat mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat.

“Kini, saya sedang kumpulkan segala data serta dokumen berkaitan untuk mengelakkan timbul sebarang percanggahan mahupun kekurangan fakta bagi membuktikan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib universiti yang menjatuhkan hukuman terhadap saya adalah tidak tepat.

“Untuk mengumpulkan segala maklumat yang lengkap sudah tentunya mengambil masa. Cuma apa yang pasti saya akan meneruskan hasrat berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau menyatakan hasrat untuk bertemu pihak media secara terbuka bagi memaklumkan mengenai hasrat serta perkembangan selanjutnya berhubung kes itu kepada umum.

“Buat masa ini, berilah masa kepada saya untuk mengumpulkan segala maklumat diperlukan dan saya pihak semua pihak faham dengan situasi yang saya alami,” tegasnya.

Adam Adli dikenakan tindakan penggantungan selepas mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato’ Onn, 17 Disember lalu.

Adam Adli dalam satu kenyataannya pada 10 Januari lalu menegaskan, keputusan Upsi itu hanyalah keputusan mahkamah universiti yang berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semata-mata dan tidak pernah beliau iktiraf.

Atas prinsip itu, beliau nekad memfailkan kes berkenaan di mahkamah awam untuk mencabarnya.

Pihak Berkuasa Tatatertib mensabitkan kesalahan Adam Adli di bawah Kaedah 3 (a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar)) 1999 dengan mengambil keputusan menggantung pengajian selama tiga semester bermula awal semester II sesi 2011/2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s