WP

Alam Maya yang indah

AS tangguh akta cegah cetak rompak (SOPA)

Leave a comment

WASHINGTON – Kongres Amerika Syarikat (AS) menangguhkan inisiatif menggubal undang-undang anticetak rompak atas talian semalam – satu perkembangan mengejutkan yang dilihat kemenangan kepada syarikat-syarikat Internet, yang mengadakan protes bagi menghalang usaha itu.

Pemimpin Demokrat di Dewan Senat, Harry Reid berkata, beliau akan menangguhkan pengundian kritikal yang dijadualkan pada 24 Januari ini ekoran “perkembangan-perkembangan terbaru.”

Dipetik laporan Reuters dan msnbc, Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan, Lamar Smith pula berkata, panelnya akan menangguhkan tindakan yang sama sehingga adanya persetujuan menyeluruh berkenaan isu itu.

“Saya ada dengar daripada pengkritik-pengkritik dan saya dengan serius mengambil kira kebimbangan mereka mengenai perundangan yang disyorkan untuk menangani masalah cetak rompak atas talian.

“Sangat jelas bahawa kita perlu melihat semula pendekatan menangani masalah pencuri mencuri dan menjual penemuan-penemuan dan produk rakyat Amerika,” kata pemimpin parti Republikan itu dalam satu kenyataan.

Laporan BBC pula menyebut keputusan itu menyusuli tindakan Wikipedia dan ribuan laman web lain ‘menutup’ kemudahan masing-masing selama 24 jam awal minggu ini.

“Ekoran perkembangan-perkembangan baru ini, saya memutuskan untuk menangguhkan pengundian hari Selasa ini ke atas Akta Melindungi IP (Pipa),” kata Reid dipetik BBC.

Rang undang-undang itu yang dikenali sebagai Pipa di Senat dan Akta Henti Cetak Rompak Atas Talian (Sopa) di Dewan Perwakilan, bertujuan mengawal akses ke atas laman-laman web di luar negara yang menyalurkan kandungan dicetak rompak dan produk-produk tiruan, antara filem dan muzik.

Undang-undang itu menjadi keutamaan bagi syarikat-syarikat hiburan, penerbit, syarikat farmasi dan kumpulan industri lain, yang mendakwa mengalami kerugian berbilion dolar setiap tahun.

Bagaimanapun syarikat-syarikat  teknologi bimbang undang-undang itu akan menafikan kebebasan Internet, sukar untuk menguatkuasakan dan boleh menggalakkan kes-kes saman.

Sentimen publik ke atas rang undang-undang itu berubah sejak minggu lalu selepas pihak berkepentingan dalam industri Internet meningkatkan tindakan melobi mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s