WP

Alam Maya yang indah

Polis naik lori lembu cekup 16 kaki judi

Leave a comment

PONTIAN: Polis menggunakan lori lembu bagi mengaburi kaki judi sebelum menahan 16 kaki judi yang sedang leka berjudi ‘See Ngo Lak’ dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan pusat perjudian, di Lorong A-13, dekat Pekan Nanas, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, kehadiran 10 anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap, Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor yang bersembunyi dalam kenderaan tiga tan itu mengejutkan kaki judi hingga ada di antara mereka cuba meloloskan diri.

Bagaimanapun, tindakan cekap polis yang mengepung kediaman itu terlebih dulu berjaya menahan semua kaki judi, walaupun berlaku sedikit pergelutan dengan anggota polis sebelum mereka merayu dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi keluarga jika pecah tembelang.

Hasil aduan orang ramai dan maklumat risikan itu, polis merampas RM40,000 wang taruhan, 140 cip pelbagai nilai, tiga biji dadu, satu mangkuk kecil dan kertas putih.

Pegawai Turus D7 Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 50-an dipercayai pemilik rumah terbabit kerana disyaki menjadi penganjur selain menjadikan kediamannya sebagai pusat perjudian haram.
Katanya, pihaknya turut merampas kerusi dan meja yang kemudian dibawa ke Balai Polis Pekan Nanas untuk dijadikan bahan bukti kes.

“Kita percaya pusat judi ini baru beroperasi sejak seminggu lalu bagi membolehkan kaki judi mencari duit lebih sempena perayaan Tahun Baru Cina, malah pertaruhannya juga membabitkan jumlah yang besar.
“Semua kaki judi berusia antara 19 tahun dan 55 tahun dibawa ke Balai Polis Pekan Nanas untuk siasatan lanjut kes berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Mohammad berkata, semua kaki judi itu akan direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Justeru, katanya, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan judi haram. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan terbabit diminta menghubungi talian hotline IPPK Johor 07-2212999.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s