WP

Alam Maya yang indah

Anonymous telah menyerang laman web (SOPA)

Leave a comment

RIO DE JANEIRO: Kumpulan penggodam komputer Anonymous telah menyerang laman web daerah persekutuan Brazil pada Sabtu, yang salah satunya kepunyaan penyanyi Brazil bagi membantah pemaksaan penutupan Megaupload.com.

Anonymous menghantar mesej di Twitter tentang serangan terhadap beratus-ratus laman web Brazil yang dikongsi dengan URL ‘df.gov.br’, dimiliki oleh kerajaan persekutuan di Rio de Janeiro.

Pejabat akhbar Daerah Persekutuan bagaimanapun pada Sabtu, menafikan bahawa penggodam telah berjaya menutup laman web tersebut.

Laman berita internet G1, milik rangkaian televisyen Globo, pada awal pagi mengesahkan serangan komputer tetapi berkata pasukan IT Daerah Persekutuan yang beroperasi 24 jam sehari telah dapat menghalang mereka.

Walau bagaimanapun, para penggodam telah berjaya menutup laman web penyanyi popular Brazil, Paula Fernandes.

Mereka menghantar imej dengan wajah kelakar berserta mesej, “Jika Megaupload tiada, anda juga akan jatuh.”

Ianya telah ditandatangani oleh “Hantu Ugutan.”

Megaupload merupakan sebuah syarikat perkhidmatan perkongsian fail yang membolehkan pelanggan-pelanggan memuat naik fail ke laman web, di mana maklumat mereka boleh dimuat turun oleh pengguna internet yang lain.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah menutup laman web syarikat itu pada 19 Januari lalu selepas pemiliknya didakwa atas tuduhan perlanggaran hak cipta.

Megaupload yang berpangkalan di Hong Kong mempunyai lebih daripada 150 juta pengguna dan 50 juta pelawat setiap hari, atau 4 peratus daripada pengguna internet global.

Lama ini bertanggungjawab terhadap “cetak rompak besar-besaran dalam talian” yang menjana “lebih daripada $175 juta dalam hasil jenayah” dan memberi kemudaratan sebanyak “lebih separuh-bilion dolar kepada pemilik hak cipta,” demikian kenyataan bersama, FBI dan Jabatan Kehakiman AS.

Anonymous – kumpulan penggodam komputer yang terdapat di seluruh dunia dan diwakili oleh muka pelawak bertopeng putih dan senyuman menyindir warna hitam – dikenali kerana serangan “penafian perkhidmatan” ke atas laman web sebagai membantah dasar-dasar tertentu kerajaan.

Serangan mereka minggu ini, yang dipanggil “hacktivism,” menutup laman FBI dan Jabatan Kehakiman AS selama beberapa jam untuk membantah penutupan Megaupload.com.

Pada Jumaat, Anonymous juga menyerang laman web presiden Perancis selepas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy berkata beliau menyambut baik keputusan mahkamah persekutuan AS menutup Megaupload.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s