WP

Alam Maya yang indah

Pengasas Megaupload ditahan oleh hakim lagi

Leave a comment

AUCKLAND – Pengasas laman web perkongsian fail Megaupload, Kim Dotcom atau nama sebenarnya Kim Schmitz yang merupakan seorang jutawan diarah ditahan oleh hakim sebuah mahkamah di New Zealand semalam.

BEBERAPA buah kereta mewah yang dirampas pihak berkuasa dari kediaman Kim Dotcom di Auckland

Dia ditahan selepas menafikan tentang dakwaan cetak rompak di Internet dan penggubahan wang haram dengan menyatakan pihak berkuasa cuba untuk memburuk-burukkan namanya.

Dia memiliki ketinggian dua meter dan berat lebih 130 kilogram.

Dotcom, 38, dan tiga orang lagi rakannya ditahan Jumaat lalu selepas sepasukan polis New Zealand menyerbu rumah agamnya atas permintaan Biro Penyiasatan Pusat (FBI).

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mahu mengekstradisi Dotcom atas tuduhan menjadi dalang satu skim yang memberinya kekayaan lebih AS$175 juta (RM543 juta) dalam hanya beberapa tahun dengan cara menyalin dan mengedar muzik, filem serta kandungan dengan hak cipta tanpa kebenaran di laman berkenaan.

Peguam Megaupload bagaimanapun menafikan dengan menyatakan bahawa syarikat itu cuma menawarkan perkhidmatan penyimpanan data dalam talian.

Laporan mengenai kehidupan mewah Dotcom terus timbul.

Satu klip video di Internet menunjukkan Dotcom dikelilingi wanita-wanita yang mendedahkan payudara di atas sebuah kapal mewah di Monaco.

FBI menganggarkan Dotcom memperoleh sekitar AS$115,000 (RM357,075) sehari sepanjang tahun 2010.

Antara hartanya yang dirampas termasuk hampir 20 buah kereta mewah di rumahnya di sini, lukisan dan wang pelaburan berjumlah NZ$10 juta (RM25 juta) di bank-bank tempatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s