WP

Alam Maya yang indah

Kanak-kanak 6 tahun dihempap van

Leave a comment

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dalam kemalangan di KM254.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, Danish Abdul Latif mati di tempat kejadian apabila van jenis Toyota Joylong yang dinaiki bersama lapan lagi anggota keluarganya terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu. Danish mati akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dan dihempap van berkenaan, kata polis. Lapan lagi termasuk bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38; ibunya, Zurina Omar, 36; bersama enam lagi anggota keluarga mereka cedera ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini. Jurucakap polis berkata, van yang dipandu Abdul Latif itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di longkang lebuh raya itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s