WP

Alam Maya yang indah

Gatal

Leave a comment

Saya berumur 28 tahun dan sudah berkahwin hampir tiga tahun serta mempunyai seorang anak.

Masalahnya, sudah hampir tiga minggu saya mengalami masalah kegatalan di bahagian faraj, kadang-kadang hingga tidak boleh tidur.

Ketika tidur, saya tidak sedar tergaru bahagian terbabit dan menyebabkannya terluka. Ia amat pedih apabila terkena air atau semasa membuang air kecil. Saya cuba membasuh bahagian itu dengan cecair pembersih faraj namun tiada perubahan.

Saya bimbang berlaku jangkitan bakteria pada bahagian alat sulit saya. Harap doktor dapat membantu.
Ibu runsing,

Shah Alam, Selangor.

Sekiranya benar anda bimbang, eloklah anda berjumpa doktor mendapatkan rawatan. Kegatalan bahagian faraj mungkin satu petanda jangkitan kuman.

Lazimnya jangkitan terbabit mudah diubati, namun tidak mustahil anda mengalami lebih daripada satu jenis jangkitan kuman contohnya bakteria. Jika dibiarkan, ia boleh melukakan permukaan faraj serta merebak ke bahagian kulit kemaluan luar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s