WP

Alam Maya yang indah

Syarikat tempat kerja amal rasuah

Leave a comment

Walaupun ilmu agama saya cetek, saya tahu keberkatan adalah perkara yang umat Islam wajib ambil kira dalam kehidupan seharian. Saya baru saja bekerja secara rasmi bersama sebuah syarikat tahun ini.

Untuk mendapatkan tender, ketua saya perlu memberikan sesuatu kepada pihak terbabit, sama ada dalam bentuk wang, permainan seperti golf, makan-makan dan sebagainya sebagai ‘upah’ kepada pemberian projek.

Persoalan saya, adakah itu sudah dikatakan sebagai rasuah? Apakah halal cara yang dilakukan oleh ketua saya itu?

Jika ia rasuah, apakah hukum saya sebagai pekerja di syarikat itu ? Apa yang perlu saya lakukan, terus bekerja atau berhenti?
Mahu berkat,

Kuala Lumpur

Perbuatan yang anda nyatakan di atas termasuk kategori memberi dan menerima rasuah. Rasuah termasuk dosa besar dan sudah tentu harta yang diperoleh tidak mendapat keberkatan. Ia membawa akibat buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

Rasulullah SAW sendiri melaknat pemberi rasuah (al-rashi) dan penerima rasuah (al-murtashi) dalam penetapan hukum (sama ada dalam pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya).

Rasuah termasuk dalam perbuatan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil (tidak halal) (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.”

Tindakan sepatutnya anda lakukan ialah melaporkan kepada pihak atasan atau pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana apabila dibiarkan perlakuan rasuah dan salah laku itu, kita dikira bersubahat sama dengan pelaku terbabit. Pihak berkuasa tentunya akan menyiasat dengan sebaik-baiknya.

Berhenti kerja adalah sebaik-baiknya jika syarikat berterusan berbuat demikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s