WP

Alam Maya yang indah

PM DS Najib kutuk pembunuhan Shaharuddin

Leave a comment

Ipoh: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang ditembak mati oleh salah seorang daripada dua lelaki di Putrajaya, pagi tadi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyiasat seterusnya segera memberkas penjenayah terbabit sebelum dibawa ke muka pengadilan.

images (1)
“Kematian beliau adalah amat menyedihkan dan mengejutkan negara lebih-lebih lagi kejadian berlaku di Putrajaya. Oleh itu, saya minta polis segera cari dan berkas mereka yang bertanggungjawab.

“Peristiwa itu membabitkan pegawai yang sedang mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas pihak yang tidak senang dengan ketegasan beliau dan kastam,” katanya semasa berucap pada Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara, Penyampaian Dana Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan Pelancaran Perdana NKRA URB Perak, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan II yang juga calon Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Najib mengulas kematian Shaharuddin akibat ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi semalam.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya, selepas solat jenazah oleh 2,000 jemaah di Masjid Sultan Mizan selepas solat Asar semalam.

Perdana Menteri berkata, semua penjawat awam mesti diberi perlindungan dalam mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berkata, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berani melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s