WP

Alam Maya yang indah

Guard Cabul Gadis Koma

Leave a comment

Pengawal Cabul Gadis Koma – DUBAI : Seorang pengawal keselamatan didakwa mencabul seorang gadis yang dalam koma apabila tidur di sebelahnya di atas katil sebuah hospital.

Pendakwa raya menuduh pengawal berusia 34 tahun itu, warga Emiriah, yang dikenali sebagai MI, mencium dan memeluk gadis berkenaan, juga warga Emiriah ketika gadis itu tidak sedarkan diri.

Seorang jururawat rakyat Filipina memberitahu mahkamah, suspek memasuki bilik gadis berkenaan dan mengarahkannya keluar.

“Dia kunci pintu itu dari dalam sebaik saya keluar. Saya tinjau dari tingkap kecil dan melihatnya mencium pesakit yang tidak sedarkan diri itu.

“Keesokannya, saya melihat dia tidur di sebelah gadis itu,” kata jururawat berkenaan.

Seorang pengawal keselamatan warga Mesir pula memberitahu mahkamah: “Saya diberitahu bahawa seorang lelaki Arab berada dalam bilik yang dikhaskan untuk wanita.

“Saya menuju ke bilik gadis berkenaan dan mendapati suspek berada di dalam. Saya terpaksa mengambil masa untuk membawanya keluar.

“Saya terdengar tertuduh memberitahu jururawat bahawa dia adalah suami gadis itu. Kemudian dia memberitahu saya bahawa dia adalah abang pesakit berkenaan.”

Perbicaraan disambung minggu depan. – paapaada.blogspot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s