WP

Alam Maya yang indah

Kenapa Ramai Yang Tidak Berjaya Online Business?

Leave a comment

online-business-marketing

Begitu ramai yang menaruh impian untuk berjaya online business. Boleh dikatakan setiap hari ada yang berkata “Aku nak buat duit di Internet”, “Aku nak dapatkan RM10 ribu setiap bulan di Internet” dan “Aku mesti berjaya dengan online business”. Namun, kurang daripada 5 % sahaja yang berjaya. Saya senaraikan beberapa sebab kenapa begitu ramai yang tidak berjaya. 

1) Tidak mengikut langkah orang yang sudah berjaya

Ramai yang nak buat jalan sendiri, tidak mahu ikut langkah- langkah orang yang sudah berjaya. Walaupun mereka tahu, apakah yang perlu dibuat dan dipelajari tetapi mereka pandang endah tidak endah sahaja. Mereka rasakan cara tersebut tidak begitu berkesan dan tidak nampak lagi hasilnya. Lalu, mereka lakukan cara yang lagi tidak berkesan tanpa mereka sedari. Akhirnya, mereka berputus asa.

2) Tidak mahu belajar dan mencuba

Ramai yang tidak serius di dalam mendapatkan ilmu online business. Mereka anggap ilmu itu  boleh datang  sendiri melalui pengalaman. Mereka tidak memberikan perhatian untuk membeli bahan rujukan seperti buku ataupun menghadiri kursus. Akhirnya, mereka masih terkapai- kapai tanpa pendapatan yang kukuh walaupun sudah bertahun- tahun online business.

3) Tidak fokus kepada “action”

Ramai yang mengambil masa begitu lama untuk mempratikkan apa yang mereka pelajari. Mereka tidak lakukan apa yang diperlukan. Mereka hanya sibuk dengan niat “aku nak buat duit”, “aku nak kaya” dan “aku nak berjaya”. Namun, mereka tidak buat apa yang perlu dilakukan. Akhirnya, masa tidak menunggu dan mereka tetap di takuk lama.

Itulah antara beberapa sebab kenapa ramai tidak berjaya online business. Saya harapkan kita tidak menjadi salah seorang daripada mereka. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s